BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 28, 2010

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan terima kasih saya dedikasikan buat pihak OUM, para TUTOR terutamanya PUAN ZAITON BINTI OSMAN, keluarga dan teman-teman seperjuangan yang telah banyak memberikan semangat, dorongan dan pelbagai bentuk bantuan lain demi merealisasikan tugasan ini.

Jutaan terima kasih juga buat teman baik merangkap ‘Sifu’ ..ENCIK MOHD EZHAM BIN MOHD TAIB yang telah banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar sepanjang proses pembangunan blog ini.. ”Great Job!”

Semoga kewujudan blog ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua dan menjadi pemangkin untuk kita terus melebarkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kreativiti.

~Seikhlas Hati : TERIMA KASIH~

Saturday, November 27, 2010

Teaching Aids for Volume of Liquid

Teaching Aids for Volume of Liquid

Learning Activities (for Both LOW & HIGH Achiever)

Learning Activities (for Both LOW & HIGH Achiever)

WORKSHEETS FOR YEAR 2 (HIGH ACHIEVERS)

Worksheet 1 

Worksheet 2


WORKSHEETS FOR YEAR 2 (LOW ACHIEVERS)

Thursday, November 25, 2010

Measure Volume of Liquid Using Standard Unit (Litre), Non-Standard Unit & Compare The Volume of Liquid Using Standard Unit (Litre)

Measuring & Comparing The volume of Liquid In The Various Size of Containers

Tuesday, November 23, 2010

TOPIK 6 : ISIPADU CECAIR

6.1 PENGENALAN
Pengukuran adalah satu tajuk yang paling banyak diajar dalam Matematik KBSR. Mengapa ia dimasukkan ke dalam sukatan matapelajaran Matematik adalah disebabkan oleh faktor kepentingannya yang mempunyai banyak aplikasi praktikal dalam situasi kehidupan harian kita.

Melalui pengajaran pengukuran, guru juga secara tidak langsung dapat mengajar operasi nombor. Ianya kerana terdapat banyak konsep-konsep dan langkah-langkah matematik yang menjadi asas kepada kedua-dua konsep pengukuran dan nombor tersebut. Sehubungan itu, idea-idea pengukuran mungkin boleh dianggap sebagai pelengkap kepada pengajaran yang melibatkan konsep nombor. Pengukuran sememangnya menyediakan satu cara yang bagus untuk menyampaikan pengalaman-pengalaman penyelesaian masalah pada setiap tahap matematik KBSR.

6.2 PENGETAHUAN KANDUNGAN PEDAGOGI

Terdapat beberapa aspek mengenai pengukuran Isipadu Cecair yang perlu dikuasai oleh guru demi mendapatkan pengajaran yang berkesan dan bermakna, iaitu :
6.2.1 Mengenalpasti Sifat Bagi Isipadu Cecair
Langkah pertama dalam pengukuran isipadu cecair ialah mengetahui apa yang kita sukat. Ia mungkin merupakan punca kesukaran bagi kanak-kanak. Sewaktu kanak-kanak melakukan perbandingan-perbandingan ini, mereka bukan setakat meningkatkan kefahaman tentang sifat dan kosa kata yang dikaitkan sahaja, malahan mereka juga mempelajari prosedur yang dapat membantu mereka menentukan sesuatu nombor. Peringkat ini biasanya dikenali sebagai pra-pengukuran kerana ia tiada nombor yang terlibat.
6.2.2 Salah Konsep Mengenai Kapasiti
Jika seseorang itu menganggap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas, maka sifat ini boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak dengan menyoal, “Bekas yang manakah mempunyai isi yang lebih?”

Namun begitu, guru perlu mengetahui bahawa kebanyakan kanak-kanak mempunyai konsep yang salah mengenai kapasiti dalam pengukuran. Kebanyakan daripada mereka memang telah mempunyai beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Namun, idea mereka mengenai kapasiti agak sedikit dan terhad. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, kanak-kanak lazimnya membuat perbandingan berdasarkan panjang (atau lebih tepat; tingginya) berbanding kapasitinya. Apabila kanak-kanak ditanya kapasiti di antara dua bekas iaitu bekas yang lebih tinggi atau bekas yang lebih pendek, lazimnya kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi itu walaupun hakikatnya bekas yang pendek itu yang menpunyai lebih kapasiti. Oleh yang demikian, cara terbaik untuk memberi pendedahan mahupun memperbetulkan salah konsep murid mengenai kapasiti adalah bermula dengan membuat kajian mengenai kapasiti melalui perbandingan langsung.

Perbandingan langsung boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa jenis bahan pengisi seperti air, pasir, kekacang dan guli yang biasa kanak-kanak jumpa dalam kehidupan hariannya. Guru boleh mengagihkan beberapa bekas kepada kanak-kanak, mereka boleh mencuba mengisi bekas dan kemudian menuangnya ke dalam satu bekas yang lain untuk melihat bekas mana yang mempunyai kapasiti yang lebih.

6.3 SEBAB-SEBAB PENGUKURAN CECAIR PERLU DIPERKENALKAN MELALUI PENGGUNAAN UNIT-UNIT BUKAN PIAWAI

6.3.1 Bahan-bahan untuk unit-unit bukan piawai adalah lebih mudah diperolehi.
Contohnya, klip kertas, pemadam, dan penyedut minuman.
6.3.2 Berdasarkan sejarah, manusia menggunakan unit-unit bukan piawai dalam pengukuran sebelum unit-unit piawai ditetapkan.
6.3.3 Unit-unit bukan piawai lebih mudah digunakan.
6.3.4 Unit-unit bukan piawai menggunakan bahan-bahan yang kelihatan semulajadi yang berkaitan dengan pengalaman harian kanak-kanak.

RUJUKAN

Murugiah S/O Velayutham & Kao Thuan Keat. (2010). HBMT2103: Teaching Mathematics In Year Two. Seri Kembangan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Ministry of Education Malaysia. (2003). Integrated Curriculum for Primary Schools Curriculum Specifications Mathematics Year 2. Kuala Lumpur. Curriculum Development Centre.

Liew Su Tim & Cham Juat Eng. (2003). Mathematics Textbook Part 2, Year 2. Kuala Lumpur.
YPJ Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Liew Su Tim & Cham Juat Eng. (2003). Mathematics Activity Book Part 2, Year 2. Kuala Lumpur. YPJ Publications & Distributions Sdn. Bhd.


www.blogger.com

http://www.youtube.com/watch?v=OAotjwOKpQs&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=ih-Jny73DUg&feature=related