BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 29, 2011

BERMAIN DALAM P&P MATEMATIK **(Semester Januari 2011)

1.0 PENGENALAN

Dalam dunia kanak-kanak, bermain adalah suatu pekerjaan. Bagi mereka, ia adalah suatu pekerjaan yang menyeronokkan. Maka, bermain boleh disifatkan sebagai satu elemen pembelajaran yang sangat menarik dan sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Ianya disokong lagi dengan fakta bahawa aktiviti permainan adalah berorientasikan pembelajaran pemusatan murid, di mana murid bebas meneroka pengalaman mengikut kehendaknya sendiri. Secara tidak langsung, ia merupakan satu bentuk hiburan buat murid kerana mereka mendapat ganjaran tersendiri yang mencakupi tingkah laku, sosial dan psikomotor.

Bermain merupakan satu komponen yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Melaluinya, kanak-kanak mempelajari bentuk, warna, sebab dan akibat, dan mengenali diri sendiri. Selain melibatkan pemikiran mental, bermain juga membantu murid mempelajari kemahiran sosial dan psikomotor.

Melalui aktiviti bermain, sesuatu keputusan yang dibuat oleh murid selalunya tepat. Bermain membolehkan murid menambah daya kawalan pemikiran, perasaan, dan tindakan mereka. Ia turut membantu mereka mencapai keyakinan diri.

Kecenderungan bermain tidak menghalang perkembangan murid kerana daya imaginasi dan fantasi ketika bermain membolehkan murid meneroka dunia mereka, menyatakan pemikiran dan perasaan, harapan dan kerisauan mereka.
Semasa proses pertumbuhannya juga, proses interaksi kanak-kanak dengan dunia menjadi semakin kompleks. Maka, bermain merupakan satu sokongan terhadap pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Pemahaman yang menyeluruh mengenai pelbagai jenis permainan akan membolehkan guru memahami kepentingannya terhadap murid di semua peringkat umur. Selain itu, guru perlu bijak memilih dan mengendalikan permainan yang ingin dijalankan di dalam kelas. Ia seharusnya digemari murid. Maka, guru perlu kreatif membuat pengubahsuaian sekiranya menyedari murid mulai hilang fokus dan minat terhadapnya.

Sunday, November 28, 2010

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan terima kasih saya dedikasikan buat pihak OUM, para TUTOR terutamanya PUAN ZAITON BINTI OSMAN, keluarga dan teman-teman seperjuangan yang telah banyak memberikan semangat, dorongan dan pelbagai bentuk bantuan lain demi merealisasikan tugasan ini.

Jutaan terima kasih juga buat teman baik merangkap ‘Sifu’ ..ENCIK MOHD EZHAM BIN MOHD TAIB yang telah banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar sepanjang proses pembangunan blog ini.. ”Great Job!”

Semoga kewujudan blog ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua dan menjadi pemangkin untuk kita terus melebarkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kreativiti.

~Seikhlas Hati : TERIMA KASIH~

Saturday, November 27, 2010

Teaching Aids for Volume of Liquid

Teaching Aids for Volume of Liquid

Learning Activities (for Both LOW & HIGH Achiever)

Learning Activities (for Both LOW & HIGH Achiever)

WORKSHEETS FOR YEAR 2 (HIGH ACHIEVERS)

Worksheet 1 

Worksheet 2


WORKSHEETS FOR YEAR 2 (LOW ACHIEVERS)

Thursday, November 25, 2010

Measure Volume of Liquid Using Standard Unit (Litre), Non-Standard Unit & Compare The Volume of Liquid Using Standard Unit (Litre)